MENJELANG MAGRIB 2
Berlatar pada tahun 1920 ketika Indonesia masih di bawah jajahan Belanda, kisah ini mengisahkan Dr. Giandra, seorang doktor muda lulusan STOVIA, yang tertarik dengan laporan akhbar tentang seorang gadis bernama Layla yang dipasung di Desa Karuhun untuk rawatan tradisional bagi penyakit mental ketika itu. Menentang kaedah mistik tersebut, Giandra pergi ke desa berkenaan dan di sana dia bertemu Rikke, wartawan kacukan Belanda-tempatan yang menulis kisah Layla dan turut ingin mengetahui tujuan kedatangannya.
Cinema Release
MENJELANG MAGRIB 2
Berlatar pada tahun 1920 ketika Indonesia masih di bawah jajahan Belanda, kisah ini mengisahkan Dr. Giandra, seorang doktor muda lulusan STOVIA, yang tertarik dengan laporan akhbar tentang seorang gadis bernama Layla yang dipasung di Desa Karuhun untuk rawatan tradisional bagi penyakit mental ketika itu. Menentang kaedah mistik tersebut, Giandra pergi ke desa berkenaan dan di sana dia bertemu Rikke, wartawan kacukan Belanda-tempatan yang menulis kisah Layla dan turut ingin mengetahui tujuan kedatangannya.
MENJELANG MAGRIB 2
Library
MENJELANG MAGRIB 2
Berlatar pada tahun 1920 ketika Indonesia masih di bawah jajahan Belanda, kisah ini mengisahkan Dr. Giandra, seorang doktor muda lulusan STOVIA, yang tertarik dengan laporan akhbar tentang seorang gadis bernama Layla yang dipasung di Desa Karuhun untuk rawatan tradisional bagi penyakit mental ketika itu. Menentang kaedah mistik tersebut, Giandra pergi ke desa berkenaan dan di sana dia bertemu Rikke, wartawan kacukan Belanda-tempatan yang menulis kisah Layla dan turut ingin mengetahui tujuan kedatangannya.
MENJELANG MAGRIB 2
ABU SI RAKSASA
ABU SI RAKSASA mengisahkan tentang seekor cicak salamander bernama Abu yang dibela Zaara (Sophia Al Barakbah) telah terlepas ke sebuah empangan. Bagaimanapun, empangan tersebut yang telah tercemar dengan bahan kimia menyebabkan Abu berubah lebih besar menjadi raksasa.
Kemudian Zaara bersama rakannya iaitu Sofiyan (Jaa Suzuran) dan Zidan (Zalif Sidek) bergabung tenaga serta berusaha untuk menyelamatkan Abu dari serangan pihak berkuasa
yang mahu menghapuskan binatang tersebut setelah berubah menjadi raksasa.
ABU SI RAKSASA
PARAXNORMAL
Empat sahabat karib iaitu Yasin, Asri, Fateh dan Anas telah terpisah sejak kecil. Selepas 30 tahun,
mereka bertemu semula dan Anas mencadangkan satu rancangan gila: merompak Vila Casablanca
yang terbiar dan dikatakan berhantu. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih menakutkan daripada
sekadar hantu...
PARAXNORMAL
DENU
Pak Yeh mahu mengekalkan keaslian seni Mak Yong, tetapi berdepan cabaran Amiruddin yang mahu ia menyesuaikan diri dengan zaman moden, serta tekanan Datuk Nik yang melihat Mak Yong sebagai alat perjuangan kemerdekaan. Kehadiran Amiruddin juga mencetus konflik dalam rumah tangga Pak Yeh dengan Asmah, yang bercita-cita menjadi primadona Mak Yong. Pertembungan cita-cita, cinta dan perjuangan ini memuncak ketika mereka membuat persembahan di Kota Bharu, memperlihatkan pahit manis, kejayaan dan perit jiwa yang dilalui setiap watak.
DENU
MISTERI FRASER 1910
Mengisahkan tentang Louis James Fraser berasal dari Scotland yang membuka Bukit Fraser pada 1890
serta mendapat kekayaan hasil dari perlombongan bijih timah di situ lalu membangunkannya menjadi
pusat bandar dan pertemuan sosial warga elit terutamanya Tentera British.
Mr. Fraser melantik Asan orang kepercayaannya sebagai pengurus dan Asan tinggal bersama isterinya
Wati di kuarters pekerja. Satu hari secara tiba-tiba pada tahun 1910, Mr Fraser hilang secara misteri
dan meninggalkan seribu teka-teki kerana banglo serta perniagaannya ditinggalkan begitu saja.
MISTERI FRASER 1910
IMPAK MAKSIMA 2
Rudy, seorang pemuda yang memberontak, menyertai pusat permotoran Abang Joe. Dia berkawan rapat dengan Rio dan bertemu dengan Gia, namun persahabatan mereka bertukar menjadi persaingan apabila Rio mencabar Rudy dalam perlumbaan.Sementara itu, Ray memanipulasi Rudy untuk menyertai Pertandingan Drift D1 bagi membalas dendam terhadap Abang Joe.
IMPAK MAKSIMA 2
ISAN NIKAH
Bak Kai, pemuda Buddha dari Isan, Thailand, memeluk Islam demi menikahi Sophia, gadis Muslim Patani. Namun, abang Sophia, Bang Lee, yang trauma dengan sejarah keluarga, menentang hubungan mereka dan berusaha menggagalkan pernikahan.
ISAN NIKAH
GANTUNG: MUSKETEER CODE
2025
Gantung: Musketeer Code - Khalil kembali ke sekolah lamanya setelah dipanggil oleh Farah, lalu dihantui semula oleh tragedi 10 tahun lalu di mana dia dan tiga rakannya dikaitkan dengan kematian seorang pelajar.
Malay
GANTUNG: MUSKETEER CODE
Memoir Seorang Guru
2024
Sunan adalah seorang guru yang tidak menyukai karier perguruannya. Dia hanya bertugas untuk menerima gaji bulan dan melangsaikan hutangnya di bank setelah kematian isterinya.
Dia ditugaskan ke sebuah sekolah di pedalaman, jauh dari bandar besar. Dimana para penduduknya diuliti kemiskinan dan sedikit sebanyak memberi kesan pada anak-anak mereka yang masih bersekolah dan tidak mengerti erti kehidupan.
Memoir Seorang Guru
Syif Malam
2023
Three friends working late at night found out that their office is haunted and has a dark secret from the past involving the staff working there.
Syif Malam
Jodoh Syaitan
2020
Jodoh Syaitan ialah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Ismail Bob Hashim dengan skrip oleh Epy Kodiang. dibintangi oleh Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Haji Yusoff dan Fauziah Nawi.[1][2] Filem ini merupakan filem kedua terbitan Da Motion Media selepas M4M4 dan dikeluarkan pada 5 Mac 2020. Ia merupakan filem terakhir lakonan Abam Bocey yang meninggal dunia sebulan sebelum dikeluarkan dan ia ditujukan khas dalam ingatannya.
Jodoh Syaitan
Mama
2020
M4M4 (disebut MAMA) ialah sebuah filem ngeri jenayah psikologi Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dengan skrip oleh Faten Syamimie. Ia mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini hidup tenteram di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa. Filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020.
Mama
Blok 404
2018
Blok 404 merupakan filem seram Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof terbitan DBI Entertainment yang diketuai oleh Boy Iman.[1] Ia merupakan pembikinan semula daripada telefilem dengan judul sama arahan Silver Chung lakonan Zamarul Hisham dan Nabila Huda yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2004 hingga mengangkat barisan pelakon asalnya ke puncak populariti dalam bidang lakonan. Filem ini dibintangi oleh Nur Risteena, Nadia Brian, Amar Asyraf, dan Aedy Ashraf serta barisan pelakon asal termasuk Zamarul Hisham, Boy Iman, Raja Azrey dan Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2018.
Blok 404
Anak Perjanjian Syaitan
2019
Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man. Di sana, Azlina mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain. Dia kemudian mendapat tahu dia telah hamil. Walau bagaimanapun, dia masih sering diganggu oleh suara tersebut dan mimpi aneh.
Anak Perjanjian Syaitan
KL Vampires
KL Vampires ialah sebuah filem aksi fantasi cereka sains Malaysia 2019 arahan Daven R. dengan lakon layar oleh Nazri M. Annuar dan Saiful Zaidrin terbitan Cinemaya Studios.[1] Ia mengisahkan sekumpulan puntianak yang sudah insaf daripada melakukan kekejaman dan hidup dengan aman bersama manusia di ibu kota.[2] Dibintangi oleh Pablo Amirul, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Raja Ilya, Aeril Zafrel dan pelakon Indonesia, Donny Alamsyah, filem ini ditayangkan pada 14 November 2019.[3]
KL Vampires
Adiwiraku
Mengisahkan seorang guru Bahasa Inggeris yang tinggal di ibu kota mengambil keputusan mengajar di sekolah luar bandar. Dia berhadapan dengan masalah keciciran, kemiskinan dan pergaduhan di kalangan murid-muridnya. Cabaran utamanya menubuhkan satu pasukan Choral Speaking di sebuah sekolah yang penguasaan Bahasa Inggeris murid-muridnya amat lemah. Walau bagaimana pun dia berjaya meletakkan sekolahnya di antara yang terbaik dalam pertandingan tersebut dan kemenangan itu menjadikan murid yang menyertai berjaya menjadi adiwira yang berkeyakinan tinggi.
Adiwiraku
Balun
Mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.
Balun
Future Project
Syif Malam 2
Mok, Botak dan Ikmal kali ini diganggu dengan lebih dahsyat setelah kematian mengejut Boss Zaini. Mereka mengalami beberapa fasa gangguan, sama seperti dialami Boss Zaini yang akhirnya ditemui mati secara misteri. Mula adaptasi dengan fasa gangguan dan cuba mencart penyelesaian tentang apa yang terjadi.
Syif Malam 2
Kuda Kepang
Seni dan budaya kuda kepang sudah tidak asing dalam diri seorang pemuda bernama Amirul yang berusia pertengahan 20-an, ini kerana beliau lahir dalam keluarga yang mewarisi seni dan budaya itu dan telah menjadikan beliau sangat meminati seni dan budaya tersebut. Namun, mungkin seni dan warisan itu juga telah menjadikan Amirul sejak dari kecil sering dihantui perkara mistik, misteri yang mengganggu kehidupannya. Walau bagaimana, peningkatan usia Amirul menjadikan minat semakin mendalam terhadap seni budaya tersebut seiring dengan gangguan mistik dan misteri yang menghantui diri sejak dari keil, dan adakalanya semakin parah sehingga dia seperti dirasuk.
Kuda Kepang