M4M4 (disebut MAMA) ialah sebuah filem ngeri jenayah psikologi Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dengan skrip oleh Faten Syamimie. Ia mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini hidup tenteram di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa. Filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020.
Blok 404 merupakan filem seram Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof terbitan DBI Entertainment yang diketuai oleh Boy Iman.[1] Ia merupakan pembikinan semula daripada telefilem dengan judul sama arahan Silver Chung lakonan Zamarul Hisham dan Nabila Huda yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2004 hingga mengangkat barisan pelakon asalnya ke puncak populariti dalam bidang lakonan. Filem ini dibintangi oleh Nur Risteena, Nadia Brian, Amar Asyraf, dan Aedy Ashraf serta barisan pelakon asal termasuk Zamarul Hisham, Boy Iman, Raja Azrey dan Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2018.
Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man. Di sana, Azlina mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain. Dia kemudian mendapat tahu dia telah hamil. Walau bagaimanapun, dia masih sering diganggu oleh suara tersebut dan mimpi aneh.
KL Vampires ialah sebuah filem aksi fantasi cereka sains Malaysia 2019 arahan Daven R. dengan lakon layar oleh Nazri M. Annuar dan Saiful Zaidrin terbitan Cinemaya Studios.[1] Ia mengisahkan sekumpulan puntianak yang sudah insaf daripada melakukan kekejaman dan hidup dengan aman bersama manusia di ibu kota.[2] Dibintangi oleh Pablo Amirul, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Raja Ilya, Aeril Zafrel dan pelakon Indonesia, Donny Alamsyah, filem ini ditayangkan pada 14 November 2019.[3]
Wangi merupakan filem hantu psikologi Malaysia 2019. Ia mengisahkan seorang wanita yang selepas bersalin, mulai merasa tertekan di rumahnya kerana perkara luar biasa semakin berlaku pada rumah dan anaknya, semuanya selepas kawannya Bella yang tinggal bersama dia hilang.
Mengisahkan seorang guru Bahasa Inggeris yang tinggal di ibu kota mengambil keputusan mengajar di sekolah luar bandar. Dia berhadapan dengan masalah keciciran, kemiskinan dan pergaduhan di kalangan murid-muridnya. Cabaran utamanya menubuhkan satu pasukan Choral Speaking di sebuah sekolah yang penguasaan Bahasa Inggeris murid-muridnya amat lemah. Walau bagaimana pun dia berjaya meletakkan sekolahnya di antara yang terbaik dalam pertandingan tersebut dan kemenangan itu menjadikan murid yang menyertai berjaya menjadi adiwira yang berkeyakinan tinggi.
Mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.
Mengisahkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri. Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama.
Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tak boleh nak larang, tapi hatinya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.
Charlie 5 adalah sebuah filem perang bercorak patriotic kenegaraan tentang 5 anggota Komando Tentera Darat di bawah pimpinan Lt Hassan yang menjalankan operasi mengekang dan menghapuskan pengganas komunis pada tahun 1989. Ketika melaksanakan penjejakan, mereka telah terputus hubungan akibat set radio semboyan yang rosak ditembak oleh musuh. Akibat tiada rangkaian komunikasi, mereka terpaksa mencari altenatif mengekang kemaraan musuh dengan kekuatan anggota seramai 5 orang sedangkan musuh yang akan dihadapi oleh mereka adalah seramai 200 orang. Mereka menggunakan pendekatan sabotaj dan membunuh secara senyap. Akibat kerana banyak pertempuran juga disebabkan kumpulan mereka kecil, mereka terpaksa berusaha dengan pelbagai cara menggunakan kecekapan serta kemahiran masing-masing. Karim merupakan satu-satunya yang Berjaya keluar dari hutan dan yang lainnya mati akibat pertempuran dan ada yang mati ketika di tawan. Karim membawa semua tanda nama atau disc pengenalan serta barangan wasiat yang dipesan oleh rakan-rakan seperjuangan untuk diserah kepada waris masing-masing. Kerana keyakinan dan semangat yang tinggi, akhirnya kemaraan gerila komunis ke kawasan tengah Semenanjung Malaysia dapat ditewaskan oleh kecekapan mereka.
One night, Hariri is instructed by his boss to fix a CCTV camera in an old hospital. While he is repairing the camera, he accidentally trips and falls, injuring his leg. The fall also knocks him out. When he regains consciousness, he realises that he is being treated in the old hospital, and night after night, Hariri experiences creepy and strange events in it.
KAPSUL merupakan sebuah penerbitan filem cereka bergenrekan fiksyen, diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Perdana Menteri Menteri Ke-4, Yang Amat Berbahagia (YABhg.) Tun Dr. Mahathir Mohamad. Idea filem ini adalah hasil intepretasi penulis tentang bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tersebut mengenai amanat Tun Dr. Mahathir menjelang tahun 2020.
Mok, Botak dan Ikmal kali ini diganggu dengan lebih dahsyat setelah kematian mengejut Boss Zaini. Mereka mengalami beberapa fasa gangguan, sama seperti dialami Boss Zaini yang akhirnya ditemui mati secara misteri. Mula adaptasi dengan fasa gangguan dan cuba mencart penyelesaian tentang apa yang terjadi.
Seni dan budaya kuda kepang sudah tidak asing dalam diri seorang pemuda bernama Amirul yang berusia pertengahan 20-an, ini kerana beliau lahir dalam keluarga yang mewarisi seni dan budaya itu dan telah menjadikan beliau sangat meminati seni dan budaya tersebut. Namun, mungkin seni dan warisan itu juga telah menjadikan Amirul sejak dari kecil sering dihantui perkara mistik, misteri yang mengganggu kehidupannya. Walau bagaimana, peningkatan usia Amirul menjadikan minat semakin mendalam terhadap seni budaya tersebut seiring dengan gangguan mistik dan misteri yang menghantui diri sejak dari keil, dan adakalanya semakin parah sehingga dia seperti dirasuk.
Dibesarkan oleh Pak Andak, seorang gangster terkenal, Sahak jadi harapan utama untuk menyambung legasi Geng Bunga Merah. Tapi semuanya berubah bila Pak Andak dibunuh dalam satu serangan hendap. Sebelum mati, Pak Andak meninggalkan amanat untuk cari pembunuhnya dan balas dendam!
Bergelut antara dendam dan kesetiaan, Sahak terpaksa pilih jalan yang penuh risiko. Adakah dia teruskan amanat Pak Andak atau serah diri?
Sarimah moved to Kuala Lumpur to start a new life following the tragic death of her small child and her ex-husband had cheated. She became a housekeep for Ayden's family but not so long later, She was haunted by a disturbed spirit that she identified from the family portrait as Zara, Ayden's wife.