Library

Filters
Showing 1–10 of 31 results
MENJELANG MAGRIB 2
Berlatar pada tahun 1920 ketika Indonesia masih di bawah jajahan Belanda, kisah ini mengisahkan Dr. Giandra, seorang doktor muda lulusan STOVIA, yang tertarik dengan laporan akhbar tentang seorang gadis bernama Layla yang dipasung di Desa Karuhun untuk rawatan tradisional bagi penyakit mental ketika itu. Menentang kaedah mistik tersebut, Giandra pergi ke desa berkenaan dan di sana dia bertemu Rikke, wartawan kacukan Belanda-tempatan yang menulis kisah Layla dan turut ingin mengetahui tujuan kedatangannya.
MENJELANG MAGRIB 2
ABU SI RAKSASA
ABU SI RAKSASA mengisahkan tentang seekor cicak salamander bernama Abu yang dibela Zaara (Sophia Al Barakbah) telah terlepas ke sebuah empangan. Bagaimanapun, empangan tersebut yang telah tercemar dengan bahan kimia menyebabkan Abu berubah lebih besar menjadi raksasa. Kemudian Zaara bersama rakannya iaitu Sofiyan (Jaa Suzuran) dan Zidan (Zalif Sidek) bergabung tenaga serta berusaha untuk menyelamatkan Abu dari serangan pihak berkuasa yang mahu menghapuskan binatang tersebut setelah berubah menjadi raksasa.
ABU SI RAKSASA
PARAXNORMAL
Empat sahabat karib iaitu Yasin, Asri, Fateh dan Anas telah terpisah sejak kecil. Selepas 30 tahun, mereka bertemu semula dan Anas mencadangkan satu rancangan gila: merompak Vila Casablanca yang terbiar dan dikatakan berhantu. Namun, apa yang mereka temui jauh lebih menakutkan daripada sekadar hantu...
PARAXNORMAL
DENU
Pak Yeh mahu mengekalkan keaslian seni Mak Yong, tetapi berdepan cabaran Amiruddin yang mahu ia menyesuaikan diri dengan zaman moden, serta tekanan Datuk Nik yang melihat Mak Yong sebagai alat perjuangan kemerdekaan. Kehadiran Amiruddin juga mencetus konflik dalam rumah tangga Pak Yeh dengan Asmah, yang bercita-cita menjadi primadona Mak Yong. Pertembungan cita-cita, cinta dan perjuangan ini memuncak ketika mereka membuat persembahan di Kota Bharu, memperlihatkan pahit manis, kejayaan dan perit jiwa yang dilalui setiap watak.
DENU
MISTERI FRASER 1910
Mengisahkan tentang Louis James Fraser berasal dari Scotland yang membuka Bukit Fraser pada 1890 serta mendapat kekayaan hasil dari perlombongan bijih timah di situ lalu membangunkannya menjadi pusat bandar dan pertemuan sosial warga elit terutamanya Tentera British. Mr. Fraser melantik Asan orang kepercayaannya sebagai pengurus dan Asan tinggal bersama isterinya Wati di kuarters pekerja. Satu hari secara tiba-tiba pada tahun 1910, Mr Fraser hilang secara misteri dan meninggalkan seribu teka-teki kerana banglo serta perniagaannya ditinggalkan begitu saja.
MISTERI FRASER 1910
IMPAK MAKSIMA 2
Rudy, seorang pemuda yang memberontak, menyertai pusat permotoran Abang Joe. Dia berkawan rapat dengan Rio dan bertemu dengan Gia, namun persahabatan mereka bertukar menjadi persaingan apabila Rio mencabar Rudy dalam perlumbaan.Sementara itu, Ray memanipulasi Rudy untuk menyertai Pertandingan Drift D1 bagi membalas dendam terhadap Abang Joe.
IMPAK MAKSIMA 2
ISAN NIKAH
Bak Kai, pemuda Buddha dari Isan, Thailand, memeluk Islam demi menikahi Sophia, gadis Muslim Patani. Namun, abang Sophia, Bang Lee, yang trauma dengan sejarah keluarga, menentang hubungan mereka dan berusaha menggagalkan pernikahan.
ISAN NIKAH
GANTUNG: MUSKETEER CODE
2025
Gantung: Musketeer Code - Khalil kembali ke sekolah lamanya setelah dipanggil oleh Farah, lalu dihantui semula oleh tragedi 10 tahun lalu di mana dia dan tiga rakannya dikaitkan dengan kematian seorang pelajar.
Malay
GANTUNG: MUSKETEER CODE
GAYONG
2025
GAYONG - Mengisahkan perjalanan hidup Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Silat Gayong, yang mempertahankan maruah bangsa di gelanggang dan kemudian bangkit melawan penjajah demi tanah air.
Malay
GAYONG
Limbungan
2024
Limbungan mengisahkan Ramli dan Malik yang dihantar ke Kampung Limbungan untuk merundingkan tanah, namun berdepan dengan penduduk yang menolak dan ancaman harimau jadian. Mampukah mereka bertahan atau menjadi mangsa seterusnya?
Malay
Limbungan
Share