Gantung: Musketeer Code - Khalil kembali ke sekolah lamanya setelah dipanggil oleh Farah, lalu dihantui semula oleh tragedi 10 tahun lalu di mana dia dan tiga rakannya dikaitkan dengan kematian seorang pelajar.
GAYONG - Mengisahkan perjalanan hidup Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Silat Gayong, yang mempertahankan maruah bangsa di gelanggang dan kemudian bangkit melawan penjajah demi tanah air.
Limbungan mengisahkan Ramli dan Malik yang dihantar ke Kampung Limbungan untuk merundingkan tanah, namun berdepan dengan penduduk yang menolak dan ancaman harimau jadian. Mampukah mereka bertahan atau menjadi mangsa seterusnya?
Two gangs are fighting to gain control of a profitable junkyard, with Salleh, a lone retiree that lives peacefully nearby and minding his own business, entrenched in the middle of the 'war'.
Sunan adalah seorang guru yang tidak menyukai karier perguruannya. Dia hanya bertugas untuk menerima gaji bulan dan melangsaikan hutangnya di bank setelah kematian isterinya.
Dia ditugaskan ke sebuah sekolah di pedalaman, jauh dari bandar besar. Dimana para penduduknya diuliti kemiskinan dan sedikit sebanyak memberi kesan pada anak-anak mereka yang masih bersekolah dan tidak mengerti erti kehidupan.
Jodoh Syaitan ialah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Ismail Bob Hashim dengan skrip oleh Epy Kodiang. dibintangi oleh Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Haji Yusoff dan Fauziah Nawi.[1][2] Filem ini merupakan filem kedua terbitan Da Motion Media selepas M4M4 dan dikeluarkan pada 5 Mac 2020. Ia merupakan filem terakhir lakonan Abam Bocey yang meninggal dunia sebulan sebelum dikeluarkan dan ia ditujukan khas dalam ingatannya.
M4M4 (disebut MAMA) ialah sebuah filem ngeri jenayah psikologi Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dengan skrip oleh Faten Syamimie. Ia mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini hidup tenteram di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa. Filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020.
Dibesarkan oleh Pak Andak, seorang gangster terkenal, Sahak jadi harapan utama untuk menyambung legasi Geng Bunga Merah. Tapi semuanya berubah bila Pak Andak dibunuh dalam satu serangan hendap. Sebelum mati, Pak Andak meninggalkan amanat untuk cari pembunuhnya dan balas dendam!
Bergelut antara dendam dan kesetiaan, Sahak terpaksa pilih jalan yang penuh risiko. Adakah dia teruskan amanat Pak Andak atau serah diri?